hargailah seorang yang bergelar SAHABAT

 
Alhamdulillah , segala puji bagi Allah yang telah memberi lagi peluang untuk kita terus berada ni bumiNya .
hari ni , saya nak sentuh pasal SAHABAT .
ia , SAHABAT .
kite mungkin ramai kawan , tapi adakah seramai itu yang pegang title sahabat ?
atau mungkin , kita sahabat bagi dia tapi dia bukan sahabat bagi dia .
kadang-kadang , masih ade yang belum jumpa seorang yang bergelar sahabat sejati .
 
mari , saya coretkan sebuah luahan .
 
" kamu " digunakan sebagai ganti nama individu berkenaan .
 
kamu ! yaa , kamu . saya rindu kamu .  saya rindu tentang segala-galanya tentang kamu tentang kita .
masihkah kau ingat duhai teman semua kenangan yang telah kita lalui ?
 
makan bersama , 
 
belajar bersama , 
 
tidur beramai-ramai , 
 
beriadah bersama , 
 
tadarus Al-quran bersama , 
 
solat berjemah bersama-sama yang lain . 

masihkah kau ingat , setiap derapan langkah jari jemari kite pasti bertaut . seutuh ukhuwah kita .
dulu , orang lain cakap buruk-buruk pasal kamu , saya pekak kan telinga .
 sebab diorang tak tahu kamu seorang yang macam mane .
kamu baik , baik sangat .
saya suke , senang bile bkawan dengan kamu .
tapi yelah , disebabkan peristawa hitam tu , kite renggang se-renggang-renggang-nya . kan ?
sampai satu tahap kite bergaduh besar .
kamu tahu tak , mase tu saya serba salah , saya sedih , saya kecewa , saya sebak .
semua bercampur baur .
mungkin mulut berkata pahit , tapi hati ? hati ? hati saya ?
saya nak berkawan balek dengan kamu .
saya nak ulang semua kenangan kita .
saya berusaha untuk dekat balik dengan kamu , 
tapi kamu ?
iyalah , saya tak salahkan kamu .
luke dilubuk hatimu terlalu besar , saya ni umpama garam yang dtabur atas torehan duka yang memedihkan . 

kamu ,
kamu ingat tak , mase kite share-share crite ? ingat tak ?
ingat tak bile kite gelak same-same? ingat tak ?
saya rindu nak pergi sekolah dengan kamu .
laung nama kamu kuat-kuat , sedangkan cume nak tanye jadual harini ape .
haha :') 
tapi sayang , semuanya hanyalan tinggalan kenangan . 
 
sampai sini jelah yaa ? saya dah tak tahan sebak dah . dah tak sanggup nak type .
HARGAILAH SAHABAT .




pesanan buat mu insan bergelar NIQABIS .



Wahai permata hiasan dunia , sedarkah apa yang telah di-kau lakukan ? bangkitlah kembali , usah layu dek helah dunia . sesungguhnya tiada apa yang indah didunia ini . semuanya sementara . Negeri kita sedang menunggu . bangkitlah sayang bangkitlah ! usah menjadi bak nila setitik rosak susu sebelanga .                                    FIKIR-FIKIRKANLAH APAH NIAT KITA YANG SEBENAR .

Maaf nak luahkan di sini, yang sudi baca silakan, yang rasa menyampah mohon diabaikan.

Anda niqabis? Jika terasa ya, mari luangkan masa untuk membaca post ini. Melalui kenakalan niqabis di media social, ada sesuatu yang ingin ana khabarkan di sini.

Ayuh semak semula : -

1. Apakah niatmu? Adakah kamu tahu hukum hakam berkenaan dengan niqab sebelum kamu menjadikan dirimu sebagai niqabis? Adakah kamu terus memakainya atas dasar mengikut orang lain? Apakah kerana keluargamu semuanya niqabis?

2. Semak semula hijab anda, pastikan ia labuh! Pashmina atau selendang-2 yang singkat mohon jangan dijadikan ia sebagai hijab utama. Walaupun ia menutup dada namun ia tetap menonjolkan bahagian perut dan bahumu lalu menjadi perhatian kaum adam, sudah wajah tertutup mereka tidak dapat melihat wajah namun mereka terintai-2 badanmu pula.

3. Apakah yang berwarna warni di matamu? Celak seperti burung hantu, adapun yang ala-2 kpop juga banyak.

4. Kebanyakkannya gemar memakai jubbah/abaya berwarna hitam, al-hamdulillah. Namun sebatu jauh sudah dapat dilihat kerlipan manik-manik yang menghiasi jubahmu . aduhai mawar , usahlah dikau bertabarruj sayang .

5. Memakai niqab dan hijab elakkan daripada memilih kain yang nipis. Pakaian juga sebegitu serta jangan sentuh pakaian yang menampakkan bentuk badan, pilihlah saiz yang bersesuaian. Diakui abaya yang kembang seperti payung itu memang indah apabila ia dipakai malahan sudah menjadi trend pula namun semak semula di bahagian pinggang, rata-2nya akan kelihatan ketat di situ jika berhijab labuh mungkin akan tertutup bentuk-2 sebegitu, tapi yang berhijab singkat pula? Sebaiknya mintalah ia dijahitkan lebih besar di bahagian itu.

6. Warna yang menarik perhatian / striking , mohon dielakkan. jangan dipakai niqab / purdah yang berwarna warni . ambillah yang hitam . bukankah berniqab tujuan untuk menutup . mengapa memilih untuk dipandang ( warna2 yang menarik perhatian) ? cukuplah sekadar hitam wahai serikandi .

7. Terlalu banyak gambarmu bertaburan di media social, ada yang tertutup ada juga yang terdedah. Tidak ada rasa malukah walaupun sedikit dalam dirimu? dimanakah sifat malumu wahai pejuang sunnah ?

8. Rajin upload gambar sehingga terlepas pandang ada aurat yang terdedah di gambar-2 tersebut.

9. Nafsu untuk memuat naik gambar-2 'solehah' anda itu juga perlu dikawal, jika ia berlebihan bimbang niat tercemar. Adapun yang bermake up matanya untuk mengambil gambar, lantas ke media social juga tempatnya, adapun yang menggunakan kata-2 yang Islamic dicaptionkan lalu memuat naikkan ia juga bertaburan.

10. Atas tiket dakwah, gambar tersebut dimuat naik, lalu mengundang pujian sebegini 'calon isteri solehah, 'cantiknya', ' wanita solehah', dan sebagainya. Semakin dipuji, semakin rancak ia memuat naik gambar-2 ala2 'solehah'nya itu. Apa yang dicari LIKES, COMMENTS dan SHARE. Bila ditegur katanya, kita tak mampu menghalang orang untuk like, komen, share. niatmu sudahpun terpesong sayang . jangan kita kalah dengan nafsu .

11. Sudah tertutup, snap gambar sampai nampak mata tambah-2 memakai celak, lagi bertambah pujian, macam biasa caption ala-2 dakwah, lalu gambar tersebut ditag kepada friends yang lain, tak cukup itu gambar pula dipublic kan lagi. Ada yang menegur di bahagian comment seperti biasa comment tersebut pasti didelete. Apa motif semua ini? Kecantikan kamukah yang ingin ditonjolkan? Jika kecantikan yang ingin ditonjolkan, mengapa pilih untuk berniqab? Sesungguhnya ini adalah perkara yang menghampiri fitnah.

12. jagelah setiap butir bicaramu wahai niqabis kerana ,setiap yang diucap , dilakukan sentiasa menjadi ikutan masyarakat . tunjukkanlah dimana nilai A MUSLIM WOMEN .

13. Wahai muslimat , Jangan sesekali me-upload sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah


14. Jika sudah bernikah sila umumkan ia, supaya diri anda bersih daripada gossip-2. statusmu itu penting . jagelah batas pergaulan mu .

15. Adapun yang memuat naik gambar bersama wali sendiri, dengan bercaptionkan 'saya halal menyentuh dia', 'dia peneman di kala suka dan duka', dll ia dimuat naik. Untuk apa itu? Apa salahnya jika mengata itu walimu? Susahkah? Bila fitnah datang mulalah nak tension-2..

16. Opss! Selalu-2lah prihatin akan sanggulmu itu agak tidak seperti benjolan unta unta unta

17. Sila tambahkan ilmu, jangan hanya tahu menilai itu ini. jangan menilai seseorang itu kerana luarannya . sekiranya seseorang itu " memakai pakaian yang xcukup kain " mainkanlah peranan anda sebagai dai'e .

18. Jangan didik dirimu untuk berkata bohong walaupun di media social sekalipun, ingat setiap perkara ia dikira Allah.

Semoga niqabmu bernilai GHUROBA

:: Inilah yang ana lihat di dunia internet, yang di alam realiti lagi banyak, cukuplah setakat ini post ana, lagi panjang lagi bertambah sakit hati insan yang melakukan perkara seperti di atas. Terasakah anda? Al-hamdulillah itu maksudnya masih ada iman. Tegur tanda sayang, sedih sekali melihat akhlak para niqabis sekarang. Mohon maaf. Ana bukan alim berilmu tapi saya tegur tanda prihatin, nak menentang post ini pun tidak mengapa yang penting tugas ana sudah selesai menyampaikan nasihat ini ::

Oleh : Nusaibah El-zahara 



# apa yang disampaikan oleh NUSAIBAH EL-ZAHARA itu banyak benarnya , ana sendiri sedih dengan dunia niqabis sekarang . bukan hendak mengaibkan . tapi inilah hakikatnya wahai saudari sekalian .ingat , jangan kalah dengan syaitan dan nafsu . sesungguhnya , tiada prinsip yang boleh melawan hati kecuali dengan prinsip Allah , TAKBIR ! ALLAHUAKBAR ! maafkanlah si-pengarang sekiranya antunna terguris hati . mungkin si-pengarang terlalu sedih dengan niqabis sekarang .